Monday, 4 November 2013

Perasaan itu.

Kau pernah rasa satu perasaan ni tak? Kau rasa macam kau tak diperlukan oleh sesiapa. Kau rasa kau tak penting malah kau rasa seolah-olah kau tidak wujud. Tidak wujud? Dan mungkin kekadang kau langsung tak pernah faham tentang perasaan dan rasa yang terbit dalam hati kau sebenarnya. (penuh sastera ayat gua ni hahaha.) Sebab aku yakin malah lebih pasti yang kau kau kau semua pernah rasa perasaan ni. Sesuatu perasaan yang kau tak mampu luahkan dgn kata kata dan jauh lagi dgn perbuatan. Dan akhirnya kau menyerah dan kau terus kalah dgn perasaan kau sendiri. Terkadang terlintas kat fikiran kau macam kau nak menjerit dan terus menjerit. Yang mungkin akan lepas semua rasa ini. Dan paling teruknya kau rasa lebih baik kau sendiri dan biarkan diri kau terus tenggelam dgn perasaan yang kau sendiri tak mengerti. Aku bukan apa.............. Aku cuma seorang insan biasa malah lebih jauh untuk di labelkan luar biasa. Kerna apa, kerna kau tahu mana letaknya diri engkau. Dan akhirnya kau sedar. Kau sedar yang kau penat dan lelah dalam permainan dunia yang hanya perlukan endahkan. Tapi kau tak mampu dan takkan mampu.  

No comments:

Post a Comment